Sunday 30 November 2014

Fertigasi : Cara Menyemai Benih Cili

Salam all...

Nak cerita sedikit cara mudah nak semai benih cili atau apa-apa benih pokok, lebih-lebih lagi ianya bukan benih hybrid. Kalau jenis hybrid, ia mudah bercambah dan pertumbuhannya adalah seragam. Kalau ada benih yang bukan hybrid, caranya ialah;

1. Sebiji besin atau bekas plastik gelap.
2. Kertas atau peatmoss
3. Plastik hitam sebagai penutup.


1. Selepas benih di rendam dalam air, (sebaiknya air mineral atau air yang bebas klorin) selama lapan jam, toskan benih tadi, kemudian gaul dengan racun kulat. Biarkan sekejap agar ia kering. Kalau basah, payah nak tabur.

2. Isikan peatmoss (atau lepisan kertas) kedalam basen/bekas plastik, isi sedikit sahaja peatmos. Padatkan dengan menekan perlahan peatmoss dalam basen tadi.

3. Taburkan benih atas peatnoss/kertas tadi. Basahkan dengan semburan kabus di atas anak benih tadi. Jangan sembur terlalu banyak, sembur untuk melembabkan peatmoss sahaja, kalau berair, anak benih akan rosak dan busuk.

4. Tutup dengan plastik hitam dan ikat di permukaan basin tadi. Buka untuk pastikan peatmoss sentiasa lembab.

5. Selepas tiga hingga lima hari, benih akan keluarkan akar radikal/ulung (warna putih dan berbulu dalam gambar di atas), jika dah banyak yang keluar akar ulung, pindahkan ke tray semaian. Ambil yang ada akar ulung/radikal sahaja.

6. Saya pindah sikit-sikit, ambil yang keluar akar sahaja. Sebelum pindah, sediakan tray yang diletakkan peatmoss. Basahkan/siramkan peatmoss dalam tray tadi, buat lubang dalam kadar 1 cm, letak benih tadi sebiji selubang dan timbus perlahan. Berhati-hati agar akar tidak patah semasa pemindahan.

7. Cara ini memang susah dan perlu bersabar dan teliti. Tapi kita dapat mengoptimumkan setiap lubang dalam tray.

Dalam satu tray, pertumbuhan dalam 95 pokok dari 104 lubang tray.

Benih yang disemai terus. Pertumbuhan jarang-jarang.

Wassalam..
Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda agar saya tidak kesorangan.. hehehe. Silakan, tapi komen elok-elok aaaaa...